The Official SJS Website


[ Penilaian Kokurikulum ]

 

Pendahuluan

                 Kegiatan kokurikulum sekolah merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kegiatan ini, yang merangkumi pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan, berperanan sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Menengah St. Joseph kini menawarkan sebanyak 13 pasukan seragam, ±100 kelab/persatuan dan 30 sukan. Adalah wajib untuk setiap pelajar menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.

Dalam masyarakat Pengurusan Pendidikan Bil.9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai secara standard.

   

Objektif

1.      Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum standard.

2.      Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam menilai kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

3.      Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

 

Kegiatan kokurikulum yang dinilai :-

 

Aktiviti pasukan pakaian seragam

Contoh : St. John Ambulans, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Kadet Polis.

 

Aktiviti kelab persatuan

Contoh : Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Filateli.

 

Aktiviti sukan

Contoh : Kelab Tenis, Kelab Bola Tampar.

Aspek-aspek yang dinilai

 

Aspek Penilaian

Peratus Markah

Kehadiran

50 %

Pencapaian

20 %

Penglibatan

20 %

Jawatan

20 %

Jumlah

100 %

 

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperoleh oleh seorang pelajar. Umpamanya, jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambil kira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).

 

Markah Aspek Kehadiran

 

Markah kehadiran            

=                                   Bilangan kehadiran                X                50                           

Jumlah hari kegiatan – Bilangan hari tidak hadir bersebab

 

Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dengan pengetahuan pihak sekolah.

 

Markah Aspek Pencapaian

 

Peringkat

 

Markah

 

Pertandingan

Johan

Naib Johan

Ketiga

Sekolah

3

2

1

Zon/Daerah/Bahagian

5

4

3

Negeri

10

8

6

Kebangsaan

15

13

11

Antarabangsa

20

18

16

 

Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama.

 

Markah Aspek Penglibatan

 

Peringkat Penglibatan

Markah

Sekolah

3

Zon/Daerah/Bahagian

5

Negeri

10

Kebangsaan

15

Antarabangsa

20

 

Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama.

 

Markah Aspek Jawatan Disandang

 

Jawatan

Markah

Pengakap Diraja/PWI/Sub-Inspektor/Drum Mejar/Pengerusi/Naib Pengerusi dan Jawatan/Pangkat-pangkat lain yang difikiran sama taraf

10 %

PWII/Star Sarjan/Sarjan Mejar/Ketua Trup/Setiausaha dan Jawatan-jawatan/Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf

10%

Sarjan/Penolong Trup/Bendahari dan Jawatan-jawatan/Pangkat-pangkat yang difikirkan sama taraf

7%

Koperal/Lans Koperal/Ketua Patrol/Penolong Ketua Patrol/AJK/Jawatan-jawatan/Pangkat-pangkat yang difikirkan sama taraf

5%

Konstabel/Prebet/Ahli Biasa

3%

 

Gred penilaian kegiatan kokurikulum

 

Gred

Markah

A

Antara 80% hingga 100%

B

Antara 60% hingga 79%

C

Antara 40% hingga 59%

D

Antara 20% hingga 39%

E

19% ke bawah

 

Gred keseluruhan

 

            Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperoleh oleh seorang pelajar dalam ketiga-tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotainya. Gred ini boleh diperoleh dengan mencampurkan jumlah markah ketiga-tiga kegiatan kokurikulum yang diperoleh dan mendapatkan purata bagi ketiga-tiga markah tersebut.

 

=          (Jumlah Markah Pakaian Seragam + Markah Persatuan/Kelab + Markah Sukan)

                                                                        3

=          Gred keseluruhan

 

Penilaian kegiatan kokurikulum bagi pelajar-pelajar Tingkatan V dan VI Atas

 

            Bagi pelajar-pelajar Tingkatan V, pencapaian kokurikulum yang terbaik semasa di tingkatan yang lain juga diambil kira sewaktu pelajar tersebut hendak meninggalkan sekolah.

 

Penilaian bagi pelajar-pelajar Tingkatan VI Atas dibuat berdasarkan keputusan yang terbaik semasa berada dua tahun di Tingkatan VI. Sungguhpun begitu, keputusan yang diperoleh di Tingkatan V boleh digunakan jika keputusannya lebih baik.

 

Markah bonus

 

Bil.

Jawatan

Markah Bonus

1.

Ketua Pengawas

10

2.

Penolong Ketua Pengawas

8

3.

Pengawas

7

4.

Ketua Pustakawan

6

5.

Ketua Tingkatan, Ketua Kelas, Pustakawan, Ketua/Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi Kelab/Persatuan/Pasukan Sekolah/Badan-badan tertentu

5

6.

Ketua Rumah Sukan, Ahli-ahli Jawatankuasa lain bagi badan-badan dalam perkara (5)

3

 

Markah bonus dicampurkan dengan gred keseluruhan yang diperoleh.

 

**Peringatan

Pengawas Sekolah dinasihatkan tidak memegang jawatan Ketua Kelas. 

   

 

Home | Events | School Management | Your Information | Visit Our School | Clubs Downloads | Poll & Comments | Student's Corner | Links | SJSnet Webteam | Contact


© SJSnet 2001. All Rights Reserved