Objektif & Fungsi Jabatan

Objektif

Menampung Keperluan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mendapatkan saluran yang lebih luas untuk menyampaikan pandangan-pandangan, permintaan- permintaan dan membincangkan masalah-masalah kritikal yang wujud di Negeri Sarawak.

Fungsi

  • Sebagai Penghubung (Liaison) antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, di mana Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan membawa perkara-perkara penting dari Kerajaan Negeri yang memerlukan perhatian Kerajaan Persekutuan; 
  • Sebagai Pemudahcara pelaksanaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Negeri Sarawak, di mana Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengenal-pasti dan membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan projek-projek Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Keenam dan program-program jangka panjang Negara;
  • Sebagai Pegawai Perhubungan Awam kepada Kerajaan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak mengeratkan lagi hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, di samping memupuk perpaduan di kalangan Jabatan-jabatan serta di kalangan pegawai dan kakitagan Kerajaan; dan
  • Menjadi "Mediator" secara langsung antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan iaitu membawa terus perkara tertentu yang akan menjadi pertimbangan utama Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan dan sebaliknya.
  • Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak juga telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus serta menyelaraskan program-program peningkatan kualiti dan produktiviti bagi Jabatan-jabatan Persekutuan di Sarawak, khususnya pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
  • Sebagai Penyelaras Pembangunan cadangan penubuhan Pusat Pentadbiran Persekutuan Sarawak di Rambongan.
  • Sebagai Penyelaras aktiviti dan latihan Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Timur Laut (INTILA).

Ke laman alamatKe laman pertamaKe laman Piagam

pinkbar.gif (2071 bytes)

| Alamat | Objektif | Piagam & SKT | Profil SUPS & Bekas-Bekas SUPSSurat-surat Pekeliling |
| Jawatankuasa & Organisasi Dianggotai Oleh SUPS | Jabatan-Jabatan Persekutuan | Aktiviti Bulanan SUPS | Penerbitan | Kompleks-Kompleks Persekutuan | Senarai Kuarters | Anugerah & PertandinganProjek Pembangunan & Program Latihan |

Updated on 3 May 1999

Hosted by SiliconNet Technologies Sdn. Bhd.