CADANGAN PROJEK PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
SARAWAK DI RAMBONGAN
- Tanah seluas 2020 ekar di Rambongan adalah pemberian Kerajaan Negeri
kepada Kerajaan Persekutuan. Perkara ini telah dibincangkan oleh Jemaaah Menteri di
dalam mesyuaratnya pada 20 Ogos 1997. Jemaah Menteri bersetuju dengan menerima
pemberian ini dan kawasan 2020 ekar ini akan dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran
Persekutuan Sarawak menyerupai Putra Jaya di Semenanjung.
- Unit Perancang Ekonomi telah bersetuju supaya Pejabat Setiausaha
Persekutuan Sarawak menyelaras perancangan projek ini. Berikutan dengan persetujuan
tersebut, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa
Pemandu yang dipengerusikan oleh Setiausaha Persekutuan sendiri. Jawarankuasa
Pemandu ini dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Jawatankuasa Teknikal ini telah
bermesyuarat dua kali pada awal tahun 1999 bagi merancang beberapa tindakan susulan.
- Beberapa kajian akan dijalankan pada tahun ini iaitu:
- Kajian EIA;
- Kajian ukur keliling dan topografi;
- Kajian sistem pengaliran;
- Kajian penyiasatan geologi dan geoteknikal;
- Kajian tanah-taneh, dan
- Penyediaan pelan konsep terpeinci.
- Di samping kajian-kajian di atas, kos berkenaan penyediaan
kemudahan-kemudahan asas ke tapak seperti bekalan air, elektrik, telefon dan jalan
masuk juga sedang di"finalised"kan.
- Pejabat Setiausaha Persekutuan menjangkakan bahawa semua kajian
seperti dirancang di atas dapat disiapkan pada tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun
2000. Cadangan Projek Pusat Pentadbiran Persekutuan Sarawak ini dicadang untuk
dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 8.
|
PROGRAM LATIHAN INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
WILAYAH TIMUR LAUT (INTILA) TAHUN 1999
- Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah memperluaskan peranan
latihannya ke seluruh dengan penubuhan INTAN Wilayah Timur Laut atau INTILA. INTILA
yang merupakan cawangan ke lima INTAN beroperasi di Kuching, Sarawak akan mengendalikan
program-program latihan secara khusus bagi memenuhi keperluan latihan penjawat-penjawat
awam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
- Sepanjang tahun 1999, INTILA merancang menjalankan beberapa projek
latihan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, kepimpinan, teknologi maklumat,
pembangunan sumber manusia, kewangan, kualiti dan sebagainya. Kursus-kursus ini
ditawarkan sama ada secara terbuka kepada semua jabatan/agensi ataupun dijalankan secara agency-based.
Antara kursus-kursus tersebut ialah:
- Kursus Pengurusan Strategik;
- Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi;
- Kursus Pemikiran Kreatif;
- Kursus Pengurusan Krisis;
- Kursus Tatacara Kewangan;
- Kursus MBS;
- Bengkel SPM;
- Kursus Sistem Pengurusan Akauntabiliti & Integriti;
- Bengkel Pelaksanaan MS ISO 9000;
- Bengkel Audit Kualiti Dalaman;
- Kursus Pakej Kerajaan Elektronik; dan
- Kursus EIA.
INTILA akan memaklumkan jadual kursus melalui risalah yang akan
diedarkan kepada jabatan-agensi dari masa ke semasa. Manakala jabatan/agensi yang
ingin menjalankan kursus secara agency-based boleh menghubungi INTILA untuk
mendapatkan maklumat lanjut dialamat berikut:-
INTAN Wilayah Timur laut
(INTILA)
d/a Pejabat Setiausaha
Persekutuan Sarawak
Tingkat 17, Bangunan Sultan
Iskandar
Jalan Simpang Tiga, 93300
Kuching
Sarawak
(up: En Mohd. Zainy bin Mohd.
Zain)
|