Tujuan
Sistem Pengiktirafan ini diwujudkan untuk memberi
pengiktirafan kepada Jawatankuasa Peringkat Daerah yang telah menunjukkan kecemerlangan
dalam melaksanakan aktiviti/program mengurus dan menyelenggara Kompleks Persekutuan.
Bentuk Pengiktirafan
- Nama Anugerah
Anugerah Khas Setiausaha Persekutuan Sarawak untuk
Jawatankuasa Pengurusan Kompleks Persekutuan Peringkat Negeri Sarawak Terbaik.
- Tiga kategori penganugerahan iaitu:
- Pemenang Pertama
- Pemenang Kedua
- Pemenang Ketiga
- Pemenang akan dianugerahkan:
- Sebuah Trofi
- Wang Tunai
- Sijil
Penilaian dan Penghakiman
- Penilaian akan dibuat berasaskan:
Penelitian laporan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Peringkat Daerah dan Lawatan Panel Penilaian.
- Penghakiman akan dilaksanakan oleh Badan Khas.
Penyertaan
Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua kompleks
persekutuan kecuali Kompleks Persekutuan di Daerah Kuching.
Kriteria-kriteria
- Aspek yang dinilai
- Usaha (aktiviti dan Program) - 50%
- Hasil - 50%
- Panel Penilai akan meneliti sejauhmana usaha-usaha
yang dilakukan dan hasil-hasil yang diperolehi dalam pengurusan Kompleks Persekutuan dalam
perkara-perkara berikut:-
- Pentadbiran keseluruhan kompleks termasuk penempatan,
pengagihan dan penggunaan ruang dan susun atur pejabat
- Kegiatan perlanskapan dan Hiasan Dalaman
- Aktiviti/Program penyelenggaraan bangunan termasuk
kemudahan-kemudahan awam dan sukan/riadah/rekreasi
- Tatacara Keselamatan kompleks dan rekod-rekod
kerajaan
- Aktiviti-aktiviti riadah dan kemasyrakatan seperti:
- meraikan hari-hari perayaan keagamaan secara bersama;
- menganjurkan aktiviti-aktiviti riadah yang melibatkan
keluarga anggota,
- mengadakan acara sukan harian dan pertandingan,
- menganjurkan kegiatan-kegiatan kekeluargaan dan
keagamaan,
- menganjurkan aktiviti kebajikan seperti mewujudkan
tabung derma kebajikan; dan
- lain-lain yang dapat menjalinkan hubungan mesra,
setiakawan dan kerjasama.
|