Profil Setiausaha Persekutuan Sarawak
Beliau seterusnya mengikuti kursus Diploma Lepasan Ijazah di Institute of Social Studies, The Hague, The Netherlands dan memperoleh Diploma in International and National Development pada tahun 1975. Beliau juga pernah dianugerah Hurbert H. Humphrey Fellowship dan mendapat Ijazah Masters in Management dari Brandeis University, Waltham, Massachusetts, pada tahun 1982. Pada tahun 1986, beliau dipilih menghadiri Executive Development Programme di Central Official Training Institute (COTI), di Korea. Selepas memperoleh ijazah pertama pada tahun 1971, beliau memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Belia di kementerian yang sama. Setahun kemudian beliau ditukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan. Pada tahun 1978 pula, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Pada tahun 1982, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengarah INTAN Wilayah Utara yang pertama. Pada tahun 1986, beliau sekali lagi ditempatkan di Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Timbalan Pengarah. Kemudian pada tahun 1990, beliau ditukarkan ke Kedah sebagai Pegawai Kemajuan Negeri. Tiga tahun kemudian, beliau dipinjamkan ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai Ketua Pengarah. Semasa bertugas di LKIM, beliau juga memegang jawatan Pengerusi INFOFISH, sebuah badan antara kerajaan di rantau Asia Pasifik yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pemasaran, promosi perdagangan dan perkhidmatan teknikal dalam bidang perikanan. Seterusnya dalam bulan September 1997, beliau dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak hingga kini. |
Senarai bekas Setiausaha Persekutuan Sarawak |
|
|
Y.M. Tunku Tan Sri Mohamad Tunku Besar Burhanuddin, D.K.Y.R., P.M.N., P.S.D., S.P.M.S., P.N.B.S., P.P.T., P.B.J. [November 1963 hingga 31 Mac 1964] |
|
Datuk Syed Hashim Abdullah, P.N.B.S., J.M.N., P.I.S., Pingat Pengakap Sedunia (Yang Tertinggi). [April 1964 hingga Oktober 1965] |
|
Datuk Hassan Abdullah, P.N.B.S., J.M.N., P.K.T. [1 November 1965 hingga 14 Disember 1967] |
|
Datuk Harun Ariffin, P.N.B.S., D.S.D.K., D.J.M.K. [1967 hingga 1969] |
|
Yang Amri Kamaruddin, [1969 hingga 1970] |
|
Tan Sri Dato' Wan Sidek Wan Abdul Rahman, P.S.M., S.J.M.P., S.P.S.K, D.S.A.P., P.N.B.S., P.P.C., A.M.T., P.J.K. [1 Julai 1971 hingga 10 Mac 1974] |
|
Datuk Engku Ibrahim Engku Ngah, D.S.M.T., D.P.M.S., D.S.A.P., P.S.D., P.N.B.S., P.P.C., A.M.T., P.J.K. [Mac 1974 hingga Febuari 1980] |
|
Dato' Syed Rosley Syed Abu Bakar, D.P.M.T., P.G.B.K., K.M.N. [Jun 1980 hingga Jun 1982] |
|
Datuk Haji Zawawi Mahmudin, P.G.B.K., J.S.M., K.M.N., A.M.N. [1 Mei 1990 hingga 15 September 1992] |
|
Datuk Dr. Haji Nik Ibrahim Nik Mahmood, P.G.B.K., J.S.M., P.S.K. [16 September 1992 hingga 16 Oktover 1995] |
|
Dato' Haji Wan Abu Bakar Wan Abdul Rahman, D.P.S.K., P.S.K. [16 Oktober 1995 hingga 29 Ogos 1997] |
![]()