TAJUK PROJEK

23500-023 Pemantauan Bakteria Patogenik

23500-024 Pengawalan Kesihatan Dalam Akuakultur

23500-025 Pemantauan Kualiti Sumber Air

23500-026 Pengurusan Sumber Induk Udang Harimau

23500-039 Pemulihan Ekosistem Habitat dan Biodiversity

23500-046 Projek Terumbu Karang IPPMS

23700-015 Pembangunan dan Pengurusan Perikanan Rekreasi

23500-037 Peningkatan Kemudahan Makmal IPPMS

23500-045 Pembangunan Teknologi Kawasan Berbatu

 


23500023 Pemantauan Bakteria Patogenik

Lawatan pada 24 - 28 Mac 2003 ke kolam ternakan udang harimau di Kuala Rejang dan didapati kandungan bakteria coliform mulai dari 7 -34 (MPN index / 10 ml) adalah rendah.

Tindakan: PP Imelda Riti 

 

23500024 Pengawalan Kesihatan Dalam Akuakultur

Lawatan pertama diadakan pada 24 - 28 Mac 2003 ke kolam ternakan udang harimau di Kuala Rejang dan didapati parameter air adalah baik dan sampel yang diambil dari kolam tidak mengandungi virus bintik putih.

Tindakan:-PP Mohammed Mohidin

 

23500025 Pemantauan Kualiti Sumber Air

Pemantauan pusiangan pertama untuk tempoh April/Mei akan bermula 07.04.03. Penyampelan dijalankan di lokasi-lokasi di Teluk Kuching (10 lokasi dan 30 stesen), Limbang/Lawas (7 stesen) dan Labuan (9 stesen).

Tindakan: PP Yong Ai Hua

 

23500026 Pengurusan Sumber Induk Udang Harimau

Di Miri, saiz udang harimau yang didaratkan agak besar, bagi janatan (185-219mm TL) 44.5-67.2g dan betina (214-315mm) 52.8-237g. Tahap kematangan telur dan 91% tahap I dan 9% tahap V. Purata tangkapan bagi setrip 6 hari ialah 1.6% (30kg) udang harimau, 11% udang merah ros, 55% campuran udang minyak/merah/kuning serta 33% sotong dan ikan. Purata 70 ekor induk udang harimau ditangkap hidup dan dijual dari RM35-RM80 seekor. 

Tindakan: PP Hadil Rajali

 

23500039 Pemulihan Ekosistem Habitat dan Biodiversity

Kajian akan bermula pada bulan April ini.

Tindakan: PP Albert Chuan Gambang

 

23500046 Projek Terumbu Karang IPPMS

Kajian telah dibuat pada 24.03.03 - 04.04.03 di 3 lokasi di kawasan Bintulu, Sarawak : Beting Nyalau, Beting Nabau dan Beting Suai. Keadaan coral sangat sihat, sangat cantik dan berlainan dari fringing reefs. Ketua Projek perlu membuat laporan bergamabr dan salinan kepada IPP Penang. Oleh kerana kawasan coral sangat banyak dan besar offshore adalah dicadangkan bekerjasama dengan IPP Penang untuk membuat beberapa expedisi.

Tindakan: PP Daud Awang

 

23700015 Pembangunan dan Pengurusan Perikanan Rekreasi

Kajian akan bermula pada bulan April ini.

Tindakan: PP Albert Chuan Gambang

 

23500037 Peningkatan Kemudahan Makmal IPPMS

Pengubahsuaian makmal akan dijalankan selepas barang-barang lama dipindahkan daripada bilik untuk pembinaan makmal. Makmal ini juga akan dilengkapkan dengan sistem tangki untuk kajian penyakit dan bioteknologi.

Tindakan: PP Mohammed Mohidin 

 

23500045 Pembangunan Teknologi Kawasan Berbatu

Pemantauan dua buah bot bubu di Mukah dijalankan pada 20 - 29 Mac 2003. Purata hari trip adalah 4 - 5 hari. Tangkapan adalah 700kg/bot dan hasilnya adalah RM5,000 - RM6,000/bot/trip. Sebuah bot adalah berkuasa 40-60 GRT. Adalah dicadangkan untuk mengikut bot ke laut bagi merekod species, kadar tangkapan seunit bubu dan kaedah tangkapan. 

Tindakan: PPL Abd. Aziz Muda


Kembali ke Muka Utama