PENYELIDIKAN


ANTARA PROJEK-PROJEK PENYELIDIKAN YANG TELAH DIJALANKAN

  1. Kemapanan Bio-ekonomi Sumber Udang Harimau

Kuala Baram Sarawak, merupakan kawasan yang berpotensi bagi sumber induk udang harimau.

  1. Pentaksiran Stok Sotong Di Sarawak

Spesis yang telah dijumpai di Sarawak, iaitu;- Loligo duvaucelli, Loligo chinensis, Sepioteuthis australis, Sepioteuthis lessoniana, Loligo singhalensis, Loligo bleekeri, Symplecteuthis sp. **, Tysanoteuthis sp. ** 
  
Nota :- ** didapati semasa kajian M.V. SEAFDEC di laut dalam.

 

  1. Kajian kepelbagaian ikan 

Lebih 250 spesis telah dikenalpasti dan keluarga yang mempunyai banyak spesis didapati dengan bayak sekali adalah keluarga Ariidae, Clupeidae, Engraulidae, Pari dan Yu. Antara spesis yang penting termasuk Scieanidae (Panna microdon, Protonibae diacanthus, Panna sp.1, Johnieops sp.1), Clupeidae (Tenualosa toli, Tenualosa macrura), Engraulidae (Setipinna tenuifilis, Setipinna breviceps) dan Ariidae (Arius caelatus, Arius sp.1).

 

  1. Penyelidikan Ambal


                                     

Musim penangkapan ambal sekitar bulan Oktober hingga April, (musim monsun). Dari bulan Mei hingga September tiada penangkapan dilakukan kerana keadaan pasir yang berlumpur. 

 

  1. Penyelidikan Ikan Terubok (Tenualosa toli) 

Pembiakan terubok adalah bermusim dan kemuncak pembiakannya agak singkat iaitu dari bulan Jun hingga September (4 bulan) setiap tahun. Terubok lazimnya ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut dan akan mati apabila terkena pukat.

 

  1. Penyelidikan Obor-obor

 
                                              

Musim pendaratan obor-obor putih lebih tertumpu di antara bulan Mac dan Jun, manakala obor-obor merah ialah antara bulan Oktober dan Disember. Terdapat 3 spesis obor-obor dominan di Sarawak, antaranya ialah :- 
  
(a) Lobonema smithii (spesis obor-obor putih) - merupakan obor-obor yang terbesar di Malaysia dengan berat purata 10 -15 kg/ekor. 
  
(b) Rhopilema esculenta (spesis obor-obor merah) 
  
(c) Mastigias papua




Kembali ke Muka Utama